NamaMu Teratas
i Luv islam
Emas yang berharga
Dunia semakin tua
Blog Archive
-
▼
2010
(7)
- ► 06/20 - 06/27 (2)
- ► 05/30 - 06/06 (2)
- ► 02/07 - 02/14 (2)
-
►
2009
(28)
- ► 09/06 - 09/13 (1)
- ► 08/02 - 08/09 (1)
- ► 07/19 - 07/26 (3)
- ► 06/14 - 06/21 (2)
- ► 05/24 - 05/31 (2)
- ► 05/10 - 05/17 (1)
- ► 05/03 - 05/10 (1)
- ► 03/29 - 04/05 (1)
- ► 03/22 - 03/29 (2)
- ► 03/15 - 03/22 (2)
- ► 03/01 - 03/08 (2)
- ► 02/15 - 02/22 (1)
- ► 02/08 - 02/15 (4)
- ► 02/01 - 02/08 (5)
-
►
2008
(8)
- ► 12/14 - 12/21 (1)
- ► 12/07 - 12/14 (2)
- ► 11/30 - 12/07 (4)
- ► 11/23 - 11/30 (1)
Labels
- funny (9)
- perbincangan (7)
- tentang aku (6)
- movie (5)
- lagu (4)
- photo (3)
- renungan bersama (3)
Sila Tinggalkan Msg Anda Di sini..
Mereka Yang Baik
Blog Mereka
-
-
-
UJIAN9 years ago
-
-
-
Lagi11 years ago
-
-
-
a-DHA Skincare13 years ago
-
Baby talk 213 years ago
-
miszvoxox-alya14 years ago
-
Save MARYAM from become MARY14 years ago
-
Rabbit. bitbit, ibit, Memok14 years ago
-
H4cK3D By Anonymous15 years ago
-
Lawak pak cik pergi KFc15 years ago
-
.::. Sir Wa Hazar .::.15 years ago
-
Bengang....!!15 years ago
-
ffff15 years ago
-
HeEE~ Sampai disini saja!15 years ago
-
saLam ramadan....16 years ago
-
-
download TUNE UP - 201016 years ago
-
im back16 years ago
-
-
New ArriVaL....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Alunan merdu
Salam buat yang melawat

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan.

assalamualaikum...
lame nyer tak update blog.... huhu.. cuba ilangkan kenangan lama... hehe.. skang aku dah keje kat taman tun dr ismail...
hehe.. dah lepas 2 bulan training.. skang aku ngah jawab call.. kalau korang call streamyx, ade kemungkinan 1 daripada 300 dapat kat aku... haha... ni gamba2 kitorang time kitorang wat picnic kat sg. congkak... 

Sebagai seorang Muslim dan Muslimah kita seharusnya mengetahui nuzul al-Quran dan malam lailatul Qadar adalah berlaku di dalam bulan Ramadhan. Gandaan amalan pada hari ini adalah sangat diharapkan...
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Nuzul al-Quran adalah malam dimana al-Quran diturunkan pada pertama kalinya. Pada hari itu, Rasullullah telah didatangi malaikat Jibril dan menurunkan ayat al-quran.
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Mencari Malam Al-Qadar
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.
Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Assalamualaikum...
salam sejahtera kepada kawan2 yang melawat aku nyer blog nih..
Tak lama lagik kita akan melangkah ke bulan yang dirindui oleh umat2 islam yang betol2 menghayati islam dengan sepenuhnya... Aku dah beberapa hari nih aku rase macam rindu sesuatu.. hurm.. aku tak tau la aku rindu ape... harp2 aku rindu ramadhan..
Menusuk dalam hati aku, ikhlas aku katakn bile aku kenangkan ramadhan, aku rase cam nak nangis.. huuuuu.. bkn kenapa.. aku rase cam rugi.. aku rase cam bodo jek aku nih.. dah sia2kan beberapa ramadhan yang amat berharga.. masuk bulan ramadhan, xpuasa la ape la... tapi alhamdulillah.. pose aku tahun lepas walupon keje kfc, tetap penuh.. hehe... dan alhamdulillah aku dapat buat puasa sunat nisfu syaaban... bkn nak kasi ceramah.. cume nak peringatkan kepada saudara2 aku seagama.. harap kalau korang ade pose yang xpenuh tahun lepas, harap la di ganti.. lagi beberapa hari dah nak masuk ramadhan.. harap jgn la kita wat2 tak tau dan wat2 macam buta ilmu... padahal kita tau... dan aku harap, saudara2 aku dapat menunaikan puasa dengan penuh tekun dan kepada yang tak uzur dapat puasa penuh...ni nasihat saudara kepada saudara... kalau aku yang keje kat kedai makan fast food leh pose penuh, malu la pada diri korang yang tak dapat pose penuh.. dan aku harap korang dapt hayati ramadhan dengan penuh keinsafan.. ingat la dosa2 lalu.. aku harap ada la paling tidak sorang saudara ku yang bertekat membersihkan dosa yang telah lalu di bulan yang mulia ini... kalau sape2 kenal aku, harap korang faham la yang aku seriyes gile2 nih... (walupon aku jarang seriyes) harap ada la saudara ku dan aku harp aku sendiri dapat menghayati malam yang ditunggu oleh semua umat yang menghayati ramadhan.. malam lailatulqadar...
sekali lagik harp kepada saudara2 ku yang xganti lagik pose, harap ganti la.. alhamdulillah dak2 kfc yang ponteng tahun lepas aku dah suruh ganti dan alhamdulillah dah ade pon yang dah habis ganti...
maaf kepad kawn2 yang tgk aku nyer blog nih dah bersawang.. hehe.. takde masa nak update.. tapi aku janji ada masa update, aku tetap post... insyaallah sesuatu yang berguna aku hantar buat tatapan pembaca2 blog aku... (maklumla.. blog xpemes)... dan buat masa nih aku xbape sihat dan aku xsedap hati.. entahla.. kawan aku cakp kalau kita rasa cam tuh, kite nak mati... Rindukan tuhan...
kalau ade dosa dan silap, harap maafkan.. aku insan yeng lemah... maafkan daku..
lagu nih untuk korang.. hayati la... MARHABAN YA RAMADHAN...
Moga ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik wat korang...
aku menangis bace citer nih.. adui.. ganas2 aku pon leh menangis.. baca lah.. adakah layak kita mengaku kite nih saudara mereka.. hayati dan fahami lah..
“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.
Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.
“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.
“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.
Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.
“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”
* * *****************
“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.
Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.
“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.
“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.
Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.
“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”
Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
“Tapi abi....”
“Kenapa Khalid?”
“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.
Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.
“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”
Khalid angguk.
“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”
“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!” Khalid bersemangat.
“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.
Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.
Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!
“Abi.....”
Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.
"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."
Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.
* * *
Pom! Pom!
Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...
“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.
Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.
“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”
Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.
* * *
“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.
Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.
“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.
“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”
Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.
“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”
“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!” Nur Laili tersentak sekali lagi.
“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.
“Ya sayang...”
“Adakah mereka mendoakan kita?”
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Nur Laili terdiam.
Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?
“Umi...” Khalid memanggil lagi.
“Ya...”
“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nur Laili diam.
“Umi..”
“Ya nak..”
“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”
Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.
Mata Nur Laili mula digenangi air.
“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.
“Umi...”
“Ya sayang...”
Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.
“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”
“Ya sayang..”
“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”
Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.
“Kenapa umi menangis?”
Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.
“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”
Nur Laili angguk.
Pom!
Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.
“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”
Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..
“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”
Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.
“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”
Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.
----------------------------------------------------------------------------------
kita kat sini wat pe? dok diam diri? tgk berita je? aku pon mengaku, kalau aku xbace artikel nih, aku pon dok lepak wat macam xde ape2 berlaku... tapi Alhamdulillah.. aku jumpe artikel nih... Allahuakbar... Subhanallah... ape la salahnye lepas nih kalau korang solat, doakan sekali mereka di sana... kalau korang rase korang nih saudara seislam dengan mereka, walau kita xdapat pergi berjuang bersama2 mereka, paling tidak doa lah... ALLAH maha mendengar.. Besyukur la kita xdiancam seperti mereka...
"YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENYAYANG,
SEKIRANYA AKU DAPAT BERJUANG MENYELAMATKAN BUMI ISLAM YANG DIANCAM TENTERA KAFIR,
AKU RELA YA ALLAH... AKU RELA MATI SYAHID DIMEDAN PERANG DARIPADA MEMELUK TUBUH,
HANYA DAPAT MENDENGAR BERITA SAUDARA-SAUDARAKU GUGUR DIMEDAN DIMEDAN PERANG..
YA ALLAH, TABAHKAN HATI MEREKA, PEMUDAHKAN JALAN MEREKA, SEKIRANYA DITAKDIRKAN MEREKA SYAHID DI MEDAN PERANG, TEMPATKANLAH MEREKA DIDALAM SYURGA MU YA ALLAH,
AKU HAMBAMU YANG LEMAH HANYA DAPAT BERDOA DISINI.. SELAMATKAN LAH BUMI PALESTIN, AFGHANISTAN DAN IRAQ YA ALLAH.. SEMOGA SATU HARI NANTI MEREKA DAPAT HIDUP DENGAN TENTERAM DAN AMAN.. HANYA ENGKAU YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG... AMIN.."
korang rase korang ni xleh nak elak dari maksiat? boleh jek.... tapi sebelom tuh, korang bace syarat2 nyer.. dah habis tunaikan semua syarat2 nih, buat la ape korang nak wat.. tapi kalau "fail" satu syarat, jadilah hamba yang taat.. Allahurobbi..
5 syarat untuk buat maksiat (5 jek?)
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:
SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:
SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:
SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:
SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh". Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.
so kalau bleh korang tunaikan kelima-lima syarat nih, buat la ape korang nak wat...
kalau korang rase korang nih sanat kerdil dan xmampu buat ape2, fikir2 la sendiri..
renung2kan dan selamat beramal...
assalamualaikum...



























