Aku, dia dan hemo-hemo

for all who want to read...

1.AKUI DIRI

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya.
Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Dia bertanya,
"Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".
Semua pelajar diam. Ada yang senyum.
Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"
Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor
seorang saja yang berdiri!



2.PANGGILAN KECEMASAN

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
Tiba-tiba seorang menjerit..
"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"
Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap...
dari tingkat 13 itu.
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia
tidak tidak ada isteri..
Setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum
berkahwin..
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang
namanya bukanlah Omar..



3.PANADOL

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin
bertanya kepada Wafdi...
Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...".



4.JEROK PELAM

Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru.
Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan
mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).
Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka
beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru
kesayangan mereka nie.
Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad
yang sebesar gajah...ada yang bagi
hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-
masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan
Selamat Hari Guru.
Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas...
dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain
dari yang lain... beriben merah cantik
bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita
Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang
dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo
meneka dari kek sampailah kepada lampu
tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala
oleh si Anita Mui tadi.
Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis
dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut
titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam
mulutnya dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu
hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".
Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak
KUCING ...



5.JIRAN MISKIN

Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu
masuk ke rumah.
"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya.
"Jiran kita itu pasti orang miskin ....."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar
katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat
tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya
menelan duit syiling lima puluh sen."



6.ZAMAN BERKEMBAR

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran
bayi mereka diruang rehat sebuah hospital.
Kegelisahan jelas diriak muka mereka...
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan
lalu berkata kepada lelaki yang
pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan
anak kembar dua."
"Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di
menara berkembar Petronas," kata lelaki yang
pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain
datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri
Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga.
Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D
Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat
memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah!
Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar
empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian
ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,"
kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir
kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa
hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka
bertanya,
"Apakah yang merunsingkan awak?"
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya
bekerja di Seven Eleven."


7.MENU RESTORAN ITALI

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke
sebuah restoran Itali yang
sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah
masuk sebelum ini..tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia
memberanikan diri untuk
makan di restoran itu... Setelah mereka duduk dan
memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu...

Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih
sembarangan...
"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang"
kata lelaki tadi..
"Maaf.. encik" jawab waiter "Itu nama pemilik restoran ini"



8.PANCING

"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan..
seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok.. Orang-
orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan
ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah dipaksa akhirnya dia ikut aje...
Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"
Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima"

9. NENEK OH NENEK

Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.
Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus.Semua beratur.
Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya:"Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.
Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.
Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir,dia terkejut kerana
tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.

Dia tercengang lalu tertanya:"Kamu tua,bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:

"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

0 comments: